Tuesday, April 14, 2009

perbezaan antara istana pagaruyung dan istana seri menanti


Di istana seri menanti dari segi budaya yang terdapat dia sana adalah negeri sembilan yang menggunakan budaya Minangkabau. Orang-orang Minangkabau sudah duduk di Negeri Sembilan sejak abad ke-15. Dalam sejarah budaya Minangkabau pun disebutkan bahawa Negeri Sembilan adalah salah satu wilayah rantau nenek moyang orang Minangkabau, disebut RANTAU NAN SAMBILAN. Mungkin penamaan Negeri Sembilan ini kerana di sana terdapat sembilan negeri (bahasa Minangnya ‘nagari’) yang didiami orang Minang, iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Jehol, Rembau, Segamat, Naniang, Kelang, Pasir Besar, dan Jelai. Di Negeri Sembilan terkenal dengan adat Pepatih. Adat pepatih juga sama dengan Kelarasan Bodi Caniago di Minangkabau. Dari segi sejarah istana seri menanti adalah Istana Seri Menanti terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini juga dalam kategori sebuah bangunan lama yang masih tegak berdiri. Istana ini diperbuat dari 100% kayu. Sekitar tahun 1900 an istana ini diduduki oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kini, memandang ia adalah satu warisan sejarah maka istana ini berubah peranan nya iaitu menjadi muzium. Istana ini dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Istana ini dibina kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar - askar ingerris semasa mereka mengejar Yamtuan Antah ketika berlaku perang di Bukit Putus. Istana Seri Menanti ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang di - Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah.

Dari segi senibina, Istana Seri Menanti ini diperbuat 100% dari kayu dan juga mengikut senibina Minangkabau. Istana ini setinggi 4 tingkat, pelannya telah dibuat oleh 2 orang tukang kayu Melayu yang bernama Kahar dan Taib. Ketua Pelukis Pelan JKR iaitu Mr. Woodford telah memperincikan pelan Istana Seri Menanti ini dan diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.


Istanan ini mempunyai 99 batang tiang termasuk 4 tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keunikan Istana ini ia tidak menggunakan paku tapi menggunakan pasak. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau dan tanduk kerbau ini melambangkan keamanan.

Da
ri segi senibina di Istana Pagaruyung adalah dibina mengikut senibina rumah gadang. Rumah-rumah ada struktur lengkung bumbung yang dramatis dengan multi-tired, upswept gables. Tingkap bidai telah dibinakan ke dalam dinding dengan ukiran bunga dan banyak cat. Istilah rumah gadang biasanya merujukkan pada rumah komunal yang lebih besar. Rumah ini secara besar dibinakan dengan kayu; dengan pengecualian dinding longitudinal belakang yang ditenun lattice sederhana dalam suatu corak chequered dari split bamboo. Bumbungnya diperbuat dari sebuah pembinaan truss dan cross beam, dan secara tipikal ditutupi dengan atap jerami dari gentian kelapa ijuk, bahan thatch yang terkuat yang ada dan dikatakan kekal selama seratus tahun.

Istana Pagaruyung ada juga element rumah gadang iaitu
  • gonjong, struktur bumbung kelihatan tanduk
  • singkok, dinding bersegi tiga di bawah hunjung-hujung gonjong
  • pereng, shelf under the singkok
  • anjuang, anjung di hujung pada satu gaya rumah gadang
  • dindiang ari, dinding-dinding di ketinggian tepi
  • dindiang tapi, dinding-dinding di ketinggian di hadapan dan belakang
  • papan banyak, muka hadapan
  • papan sakapiang, sebuah rak atau middle band pada periphery rumah
  • salangko, ruang pemagaran dinding di bawah rumah yang telah dibinakan pada stilts.
Dari segi hiasan nya ialah, Masyarakat Minangkabau biasanya menghias dengan dinding kayu, tiang, dan siling rumah gadang dengan motif kayu berukiran bas relief yang mencerminkan dan melambangkan adat mereka.

No comments: